waktu Malaysia

December 28, 2008

pilu hati ini...

Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu almari besi. beliau selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau pembantunya. Suatu ketika, ketika di tengah malam beliau memasuki sebuah bank yang baru seminggu dibuka. Sebuah almari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun beliau sedikit musykil kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya beliau memutuskan untuk memakan puding - puding tersebut sebelum membuka almari besi lainnya. Kerana lapar beliau habiskan semua puding di almari besi pertama.

Almari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi beliau terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh almari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan beliau menghabiskan banyak sekali puding. Namun beliau dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak musykil, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.
Keesokan paginya dengan setengah mengantuk beliau terbangun kerena suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap beliau membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di muka hadapan dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar - besar....


BANK SPERMA DIROMPAK

No comments: